INFO KUCING

INFO Kesihatan Umum Si Kucing

KESIHATAN KUCING SECARA UMUM 



kucing sedang membersihkan diri.
kucing yang sihat sentiasa
membersihkan diri secara teratur  
 Sebagai seorang pemilik (owner) kucing yang bertanggungjawab akan menjamin yang kucing peliharaannya berada dalam keaadan yang sihat dan cargas. Dengan menyediakan diet yang seimbang tempat yang bersih hygiene) dan immunisasi yang sesuai dan teratur dapat menjamin kesihatan kucing peliharaan anda. Dengan mengenali peribadi, perangai dan perilaku kucing anda, pemilik(owner) adalah yang paling sesuai dapat segera mengetahui setiap perubahan yang berlaku pada kucing anda. Sewaktu sesi menyikat bulu(grooming) kucing anda, anda boleh meyelidiki atau mengesan sebarang perubahan yang berlaku. Namun setiap perubahan perilaku yang mendadak atau kelakuan aneh perlu diselidiki.


kucing sakit mengeluarkan membran
 atau selaput putih pada mata
Kucing menderita diserang berbagai penyakit seperti cancer, buah pinggang, sakit jantung dan lain-lain lagi. Namun ada juga penyakit kucing yang disebar oleh manusia ke kucing dan sebaliknya. Penyakit paling serius yang boleh dijangkiti oleh kucing ialah rabies. Kurap adalah penyakit cendawan kulit yang boleh menular kepada manusia. Ada juga beberapa jenis tungau dan kutu kucing yang boleh berpindah ke tubuh manusia(Nota: Kutu kucing lebih memilih kucing sebgai host nya berbanding manusia). Bakteria dari kucing juga menjangkiti luka terbuka pada manusia. gigitan dan cakaran kucing juga perlu diawasi. Sekiranya terkena perlu dibersihkan bersama antiseptik dan dibalut supaya tidak dijangkiti bakteria-bakteria lain.


Sejenis parasit protozoa bernama Toxoplasma gondii, mungkin merupakan antara penyakit yang paling berbahaya dan membimbangkan. di setengah negara, 90peratus manusia membawa parasit ini dan lebih 50peratus dibawa kucing. Parasit ini boleh berpindah kepada manusia dan sebaliknya. Pemindahan dari kucing ke manusia ialah dari  najis buangan kucing anda. Ia mungkin hanya membawa simptom ringan keatas kucing anda tidak bahaya pada manusia normal. Walaupun begitu ia boleh menjangkiti dan merbahaya kepada bayi didalam kandungan rahim ibunya dan ibu-ibu mengandung. Oleh itu bagi ibu mengandung teman nasihatkan berikan tugas mencuci tempat najis kucing anda kepada ahli keluarga yang lain. Selain itu manusia dan kucing boleh juga terkena parasit ini melalui daging yang kurang masak(undercooked) dan daging mentah.

Tanda-Tanda Kucing Sedang Kesakitan
Kucing yang tidak sihat, kesakitan dan diserang penyakit akan mengalami beberapa tanda yang boleh dikenal pasti oleh manusia. Disini teman cuba menyenaraikan beberapa tips perubahan tingkahlaku kucing sewaktu sedang sakit atau diserang penyakit.

  • Penurunan berat badan
  • Susah hendak makan
  • Hilang selera makan
  • Muntah
  • Darah di dalam air kencing
  • Sukar untuk membuang air kecil/air besar
  • Demam(suhu badan meningkat)
  • Minum air berlebihan dari selalu
  • Cirit Birit
  • susah Bernafas
  • Keguguran bulu
  • Perubahan perilaku
  • Bengkak di Perut
  • Ulser dimulut
  • Sembelit
  • Bibir pucat
  • Batuk
  • Bersin
Kepada pembaca sekalian teman akan menyambung tajuk ini dan menceritakan dengan lebih mendalam di dalam mengenal tanda-tanda kucing anda sedang dalam kesakitan ataupun diserang penyakit.

TIPS KATA-KATA 
Sikat dan membelai kucing setiap hari dapat membantu anda mengesan sebarang perubahan yang berlaku pada kucing anda dengan kadar yang cepat. Jadi pastikan sekurang-kurangnya  luangkan masa sekadar 15-20minit sehari bersama kucing dapat meningkatkan tahap kesihatan kedua belah pihak.

Share on Google Plus

About Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment