Kucing Demam
Demam
Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau penyakit yang menyerangnya ini juga di kenali sebagai 'pyrexia'.
Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C).
Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang
kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda
seperti berikut :
- Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak memperdulikan permainan kegemarannya.
- Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
- Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.
- Menggigil. - suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
- Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.
- Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.
Apabila
suhu badan kucing anda meningkat 102.5°F (39.1°C), anda perlulah
sentiasa memerhatikan kucing anda dengan kerap memeriksa suhu badan
kucing anda. Sentiasa menyediakan minuman yang sejuk untuk mengelakkan
kucing anda dari dehidrasi. Turunkan suhu di kamar/bilik kucing anda
dengan memasang fan atau aircond. Jangan sekali-kali memandikan kucing anda sewaktu kucing sedang demam kerana ini lebih memburukkan keaadan.
Sekiranya
suhu kucing anda meningkat sehingga 105°F(40.5°C) segeralah bawa kucing
anda ke vet yang terdekat. Kucing demam disebabkan beberapa perkara
antaranya yang kerap :-
- Jangkitan kuman
- Barah
- Dehidrasi
- Sedang menerima rawatan keseimbangan hormon
- Cirit-birit
- Kebanyakan penyakit merbahaya kucing seperti FIP, FELV dan sebagainya.
Nota: Setiap kali selepas kucing anda dimandikan, suhu badan kucing anda akan meningkat dan bagi kucing yang tidak kuat antibodi badannya akan menyebabkan kucing anda demam. Elakkan sama-sekali kucing anda dari terkena "Heat Stroke" dimana seluruh organ dalaman seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan otak berhenti bekerja disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi.
0 comments :
Post a Comment