INFO KUCING

6 Teknik memberi Kucing makan ubat pil dengan mudah

6 Teknik memberi Kucing makan ubat pil dengan mudah




Artikel kali ini adalah untuk menjawab pertanyaan Roslina Jaafar Sekdek yang mempunyai masalah untuk memberikan ubat pil kepada kucingnya. Cik Kucing pernah mempunyai pengalaman memberi ubat pil kepada kucing. Masa tu, tolong jiran je sebab kucing dia kena langgar. Memang payah sikit, tapi dengan cara yang betul insyaallah boleh.

 

Kaedah Melutut Belakang Kucing

1. Melutut ye, bukan duduk hehe. Letak tangan kiri korang di bawah tekak dan tangan kanan memegang pil sambil menggaru lehernya. Beri tekanan dengan ibu jari & jari telunjuk tangan kiri korang di tepi mulutnya.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-1
Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat masukkan pil dan tutup mulutnya. Sapu ke bawah pada lehernya beberapa kali dan pegang mulutnya sehingga pil ditelan.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-2

Kaedah hancurkan pil

1. Menghancurkan pil kepada bentuk serbuk dengan menggunakan lesung batu.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-3
2. Gaul dengan makanan dalam tin (untuk kesan yang terbaik, cuba rgaul dengan perisa ikan).
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-4
3.Pastikan korang mendapatkan nasihat dari doktor haiwan terlebih dahulu. Sesetengah pil dibuat untuk dicerna secara perlahan-lahan di dalam perut kucing, jadi mungkin kaedah ini mungkin tidak sesuai.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-5

 

Kaedah menyembunyikan Pil dalam makanan tertentu

1. Korang boleh juga cuba menyembunyikan pil tersebut di dalam krim keju ataupun makanan bayi.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-6

2.Mula-mula, biasakan kucing korang makan makanan tersebut tanpa pil.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-7
 

3. Bila diorang dah biasa makan, baru letak pil tu. Nanti kucing korang tak akan sedar yang dia dah termakan pil tu.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-8

4. Kalau kucing korang tak makan juga, cuba hancurkan pil tu dan gaul dalam makanan kucing yang basah.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-9

 

Kaedah balut Kucing

1. Isi picagari (tanpa jarum) dengan beberapa mililiter air.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-10
2. Balut kucing anda dengan berhati-hati dengan tuala (macam KFC twister) untuk tujuan mengelakkan korang dari tercedera.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-11
3. Buka rahang kucing dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-12
4. Masukkan pil tersebut. Minta bantuan orang kedua jika korang rasa susah nak mengawal kucing tu.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-13

5. Masukkan air dengan menggunakan picagari.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-14

7. Tutup dan pegang mulut kucing sambil urut lehernya (untuk menggalakkan kucing menelan) sehingga korang pasti pil sudah ditelan. Korang juga boleh meniup ke dalam hidung kucing selepas menutup mulut mereka – tindakan ini juga memaksa mereka untuk menelan.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-15

Jika kucing tu dah menelan pil tersebut, dia akan menjilat hidungnya.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-16

 

Kaedah balut kucing 2

1. Buang bahagian dalam picagari
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-17
2. Masukkan pil tersebut
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-18
3. Pasang semula picagari tersebut dan tolak sehingga kebawah.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-19
4. Masukkan sedikit air
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-20
5. Bedung kucing dengan tuala.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-21

6. Letakkan kucing di lengan korang dan pegang kepalanya.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-22

7. Letakkan picagari di dalam mulut, iaitu belakang lidahnya.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-23

 

Kaedah pada kerusi

1. Dapatkan kerusi.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-24
2. Isi picagari (tanpa jarum) dengan beberapa mililiter air.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-25
3. Cengkam belakang leher kucing.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-26
4. Letak kucing korang sama dengan posisi dalam gambar.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-27
5.Pastikan kaki kucing tergantung dan tidak berada di atas kerusi.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-28

6. Kucing akan melihat ke atas dan mulut sedikit terbuka kerana dia berada dalam posisi tergantung.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-29

7. Ambil pil dan tolak ia ke dalam mulut.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-30

8. Kemudian suntik sedikit air.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-31

Selamat Mencuba. Semoga kucing korang cepat sembuh ye =)

Sumber: http://kedai-lelaki.com/blog/6-teknik-memberi-kucing-makan-ubat-pil-dengan-mudah/
Share on Google Plus

About Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment