Punca Bulu Kucing Gugur
Kenapa Bulu Kucing Gugur
1) Alahan kucing
Mungkin kucing korang ada alahan yang korang semua tak tahu. Alahan ni boleh datang dari permaidani, ubat-ubatan, pakaian, habuk rumah, kulapuk, hama dan debung. Lalu menyebabkan kucing gatal-gatal yang tak terhingga…hoho. Habis la bulu kucing korang hilang.2) Gigitan kutu
Gigitan kutu boleh menyiksakan kucingkerana bila terlampau gatal, bulu akan jatuh bukannya kutu tersebut. Jadi belilah ubat kutu ye.3) Pemakanan Tidak sihat
Sebagai pemilik, menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan makanan yang berkhasiat. Tak semestinya dengan membeli makanan mahal sahaja. Nanti kami akan ceritakan makanan seimbang bagi kucing.Jadi, pergilah ke farmasi dan dapatkan syampu yang sesuai bagi mengatasi masalah keguguran bulu kucing ni.
0 comments :
Post a Comment