INFO KUCING

Apa itu Kucing Maine Coon

Info Kucing Maine Coon

Kucing Maine Coon merupakan baka asli yang ditemui di Amerika utara, dianggarkan di pantai timur sekitar Maine. Coon berasal dari kata racoon. Kucing ini dikenali dengan jenis baka yang besar keranan berat badan kucing jantan boleh mencapai 10kg.




Nama jenis kucing Maine Coon sendiri berasal dari nama negara bahagian di USA, Maine. Tapi asal usul dari kucing ini sama sekali tidak diketahui. Yang ada hanya dongeng dan mitos sahaja. Salah satunya adalah …

Mitos Kucing Maine Coon

Sebuah cerita mengenai seorang ratu perancis yang bernama Marie Antoinette. Dia akan dihukum mati dan berusaha melarikan diri dengan bantuan Captain Samuel Clough. Marie memasukkan harta bendanya termasuk kucing berbulu panjang tersebut di dalam kapalnya. Walapunbagaimanapun,  dia gagal sampai ke USA. Kucingnya pula selamat sampai ke Wiscasset, Maine. Macam tu la ceritanya.

Kucing ini juga mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

Jenis kucing ini mempunyai badan yang besar. Untuk kucing jantan saja beratnya antara 6-9 kg. Sedangkan untuk kucing betina 4-6 kg. Kucing ini juga mempunyai mata dan telinga besar yang berkemampuan untuk melihan dan mendengar benda yang jauh.

Ciri-ciri Kucing Maine Coon


Secara am ciri-ciri kucing Maine Coon adalah seperti berikut:
  • Badan besar dan panjang
  • Memiliki tulang dan otot yang kuat
  • Mata lebar dan oval
  • Teling besar (lebar di bawah)
  • Dahi melengkung
  • Otot pipi sangat menonjol
  • Hidung lebar dan melengkung di hujungnya
  • Ekor panjang dan lebar
  • bulunya tebal dan tahan air
Kucing ini mempunyai sifat yang suka dekat dengan manusia atau tuannya. Mempunyai sifat yang aktif dan suka berkeliaran di sekeliling tuannya. Berbeza dengan kucing parsi yang kerjanya tidur je…hoho

Membeli Kucing Maine Coon


Kucing maine coon untuk dijual di Malaysia adalah sekitar RM1000-RM5500 seekor. Korang boleh tengok sendiri di petfinder. Memang mahal woo.

p/s: Dulu Cik Kucing pernah membela kucing macam ni, ada orang bagi. Kucing  ni jenis setia pada tuan. Kalau nampak orang lain, cepat-cepat dia lari, sebab dia fobia dengan budak yang tarik ekor dia waktu kecik dulu hehe


Share on Google Plus

About Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments :